NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen sudah masuk 'gear lima' - Takiyuddin (bersama video)


KOTA BHARU: Calon Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui sudah menggerakkan jentera kempennya pada 'gear lima' dan berharap dapat mengekalkan prestasi sehingga hari pengundian, 19 November ini.

"Saya sudah gerakkan jentera 100 peratus menggunakan 'gear lima' untuk berkempen.

"Gerak kerja dilakukan merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Mas, Kota Lama dan Bunut Payong.

"Untuk keseluruhan Kota Bharu, saya sudah meninjau dan alhamdulillah kempen setakat ini berjalan lancar. Kita tak boleh membuang masa, sebaliknya setiap minit dimanfaatkan sebaik mungkin kerana tempoh berkempen sudah tidak panjang," katanya memaklumkan Parlimen Kota Bharu mempunyai 33 Pusat Daerah Mengundi.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli juga optimis mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen itu.

"Saya sudah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu selama dua penggal, selain pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berharap pengundi terus memberi kepercayaan kepada saya pada PRU15.

"Parlimen Kota Bharu mempunyai seramai 116,503 pengundi dengan 14 peratus pengundi masyarakat Cina, satu peratus masyarakat India, manakala selebihnya Melayu.

"Saya memohon kepada pengundi supaya terus memberi mandat kepada PAS dengan rekod baik kita yang ditunjukkan selama ini," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS ketika ditemui.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo