NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tawar PN Best bertema prihatin, bersih, stabil

Tan Sri Muhyiddin berucap melancarkan tawaran PN bagi PRU15 ‘PN Best’ malam ini - Foto NSTP

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) malam ini mengumumkan tawaran 'PN Best' sempena Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang' merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.

Tawaran PN Best itu dilancarkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.

Bagi membina ekonomi masa depan yang berdaya saing 12 tunjang utama itu merangkumi;

-Membina Ekonomi Masa Hadapan yang Berdaya Saing

-Meningkatkan Nilai dan Taraf Hidup Rakyat

-Membersihkan Politik dan Tadbir Urus

-Mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan Semua Kaum

-Memacu Pembangunan Wilayah

-Melestarikan Alam Sekitar dan Merancakkan Pelancongan

-Memperkasa Belia dan Mensejahterakan Keluarga Muda

-Mengoptimumkan Potensi Wanita

-Membina Warga Emas Yang Aktif dan Sejahtera

-Memperkasakan Orang Kelainan Upaya

-Memperkasakan Peneroka FELDA

-Mentransformasikan Petani, Penternak, Nelayan & Pekebun Kecil

Muhyiddin berkata, PN juga berikrar semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kewangan rakyat dan penjawat awam, akan dikekalkan dan ditambah baik untuk semua lapisan masyarakat.

Antara tawaran utama PN ialah tumpuan kepada merancakkan ekonomi melalui tabung khas galakan pelaburan sebanyak RM5 bilion dan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, mensejahtera rakyat termasuk mewujudkan pusat sehenti MyPrihatin untuk semua penyampaian bantuan rakyat.

Memperkenalkan Kad Prihatin Nasional untuk akses perkhidmatan kesihatan, menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar, serta skim khas bagi pekerja gig, nelayan dan pekebun kecil.

Tadbir urus yang kukuh termasuk dengan melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan antirasuah nasional dan sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menubuhkan badan bertindak bencana alam dan perubahan iklim.

PN juga berikrar untuk menyediakan pendidikan yang inklusif termasuk akses internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion peruntukan penyelenggaraan sekolah.

Katanya, parti itu juga mahu memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum termasuk melalui pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera.

Tawaran juga termasuk merapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.

Belia juga akan dilantik sebagai senator, diskaun 25 peratus bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan kelas kedua atas dan skim perumahan mikro belia mampu sewa.

Beliau berkata PN juga akan melindungi kumpulan rentan termasuk menubuhkan Jabatan Warga Emas, dan Wanita-wanita Bangkit Berniaga dan program latihan OKU lepasan sekolah.

Generasi FELDA akan diperhebat termasuk menawarkan Wawasan FELDA Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan tanah rancangan itu.

Muhyiddin berkata, bagi memastikan tawaran PN Best dilaksanakan sepenuhnya, sebuah Jawatankuasa Khas dianggotai pakar akan ditubuhkan.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo