NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN kini fokus menang, bukan bergabung, kata Azmin


KUALA LUMPUR:
Perikatan Nasional (PN) tidak mengadakan sebarang perbincangan rasmi untuk bergabung dengan mana-mana pihak kerana tumpuannya ketika ini adalah memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Azmin Ali berkata, gabungan itu akan menggunakan peluang berkempen untuk meyakinkan rakyat tentang dasar PN yang properniagaan, mewujudkan pekerjaan serta menjamin kepedulian dan keprihatinan kepada rakyat.

“Tidak ada sebarang perbincangan rasmi untuk bergabung dengan mana-mana pihak kerana tumpuan kita (PN) adalah untuk kemenangan PN di kawasan yang kita bertanding,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Kemensah di sini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, BN sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti, sekiranya gagal mendapat majoriti mudah.

Dalam pada itu, Azmin yang juga calon PN di Parlimen Gombak berkata, antara cabaran PRU15 bukan mempertahankan sokongan, tetapi juga mendekati hampir 70,000 pengundi baharu di Parlimen itu.

Katanya, pengundi Gombak yang semakin pesat kini mencecah 206,000 pengundi berbanding 140,000 orang empat tahun lepas.

Beliau berkata, pengundi perlu memberi peluang kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin kerana beliau menjadi perdana menteri ketika negara dilanda Covid-19 dan berjaya menguruskan negara yang berdepan krisis pandemik.

Azmin berkata tumpuan Muhyiddin ketika itu adalah keselamatan rakyat serta mencergaskan semula ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) pernah mendapat sokongan rakyat, namun ketika mentadbir negara, ada parti yang mendominasi PH mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Beliau berkata, ini terbukti apabila kekalahan PH dalam enam pilihan raya kecil (PRK) ketika gabungan itu memerintah negara.

Beliau berdepan saingan lima penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Gombak pada PRU15, dengan ditentang Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (PH-PKR), Megat Zulkarnain Omardin (BN-Umno), Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) dan calon bebas Zulkifli Ahmad.

Pada PRU14, Parlimen Gombak dimenangi Azmin yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti 48,721 undi dalam pertembungan tiga penjuru menewaskan Abdul Rahim Kamarudin (BN) dan Khairil Nizam (PAS).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo