NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN janji sejuta peluang pekerjaan, RM1 bilion dana makanan, jika menang PRU15


SHAH ALAM:
Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto pilihan raya umum pertamanya berjanji akan melaksanakan semua inisiatif Bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob, jika gabungan itu menang pada 19 Nov ini.

Antara inisiatif utama dalam manifesto PN ialah mewujudkan sejuta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun dan dana RM1 bilion untuk makanan pada kadar faedah rendah.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu akan mementingkan kebajikan rakyat dalam usaha mengatasi isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Katanya, sebuah agensi yang berfungsi sebagai pusat sehenti akan ditubuhkan bagi menyelaras pemberian pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat.

Beliau berkata, Kad Prihatin Nasional akan diperkenalkan untuk perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.

Muhyiddin berkata, PN juga mengutamakan tadbir urus kukuh, termasuk melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan anti-rasuah nasional, sistem perundangan dan kehakiman syariah.

Dari segi pendidikan, katanya, akses internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion bagi penyelenggaraan sekolah turut ditawarkan PN.

Selain itu, Wawasan Felda Baharu akan diperkenalkan bagi menjamin masa depan lebih baik buat generasi muda Felda menerusi peluang ekonomi, keusahawanan dan menaik taraf infrastruktur asas.

PN akan mengisytiharkan cuti umum bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pada 20 Nov, manakala negeri lain pada 21 Nov, jika ia memenangi PRU15.

Gabungan itu turut berjanji akan berunding semula dengan Singapura untuk menyambung projek projek Kereta Api Laju (HSR) dan menubuhkan dana khas RM5 bilion bagi menggalakkan pelaburan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo