NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Kalau PN menang, kita teliti KWSP bersasar - Muhyiddin


SHAH ALAM:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan meneliti pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika parti itu mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pengeluaran bersasar itu harus dinilai terlebih dahulu terutama dalam aspek jumlah baki simpanan pencarum yang memohon untuk lakukan pengeluaran berkenaan.

"Baru-baru ini saya ada mengeluarkan video menerusi Tiktok dan antara perkara berbangkit ialah minta saya benarkan sekali lagi pengeluaran KWSP.

"Insya-Allah, apabila kita menang PRU15 antara perkara akan lihat semula adalah (pengeluaran) KWSP bersasar.

"Kalau kita lihat sebelum ini dah benarkan beberapa kali pengeluaran (contohnya) i-Sinar dan i-Lestari yang pada mulanya agak sukar tapi selepas itu dipersetujui," katanya ketika Sesi Townhall PN selepas pelancaran manifesto PN, pada Ahad.

Bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang, manifesto itu mengandungi 12 tunjang beserta 234 inisiatif dan merupakan manifesto yang membabitkan aspek ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan serta wanita untuk tempoh lima tahun akan datang.

Turut digariskan ialah membersihkan politik dan tadbir urus, mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum, memacu pembangunan wilayah, melestarikan alam sekitar dan merancakkan pelancongan, memperkasa belia dan mensejahterakan keluarga muda, mengoptimumkan potensi wanita, membina warga emas yang aktif dan sejahtera, memperkasakan orang kelainan upaya, memperkasakan peneroka Felda dan mentransformasikan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo