NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN dapat lebih sokongan Melayu, Zahid cuba nafi laporan kajian


PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) enggan ‘ambil pusing’ dapatan kajian pihak tertentu yang mendakwa sokongan pengundi Melayu sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kajian yang boleh diterima pakai hanyalah dari institusi bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Calon BN bagi Parlimen Bagan Datuk itu mempersoalkan hasil kajian institusi yang menerima dana daripada parti politik.

“Hanya penyelidikan oleh badan bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak yang kita ambil perhatian. Bukan mereka yang menerima dana.

“Saya tidak menuduh sesiapa tetapi pandangan saya sesuatu penyelidikan itu mesti bebas sepenuhnya,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, bekas timbalan perdana menteri itu turut berkata, beliau telah ambil maklum dengan beberapa kajian terkini.

“Saya telah melakukan pemerhatian terhadap keputusan beberapa penyelidikan dan bukannya hanya satu institut, tapi banyak institut.

“Berdasarkan kepada perbandingan yang kami buat daripada data diperolehi, gelombang sokongan tanpa mengira kaum sudah terarah kepada calon BN,” katanya.

Sebelum ini, kajian Merdeka Center, baru-baru ini, melaporkan sokongan pengundi Melayu lebih memihak kepada PN iaitu sebanyak 35%, manakala sokongan pengundi Melayu kepada BN adalah lebih rendah iaitu 28%.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo