NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM10: Apa Sebenarnya Berlaku di Istana?


Tadi pukul 4.07 petang Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

4.10 petang Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tiba bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini memanggil Muhyiddin dan Anwar ke istana pada 4.30 petang hari ini.

Berikut ialah imbasan ringkas tentang angka sokongan yang dimiliki oleh semua gabungan.Pakatan Harapan (PH) mempunyai 82 ahli parlimen dan PN ada 73 MP.

Masing beri sokongan yang mereka dapat.

PN sudah maklum mereka selesai hantar semalam dan pagi tadi (tambahan). PH tak maklum, tapi mereka ada hantar senarai baharu.. Terbongkar semasa sesi mengadap YDPA tadi bahawa

PN 115
PH 112

Bilangan melebihi 221 kerusi

YDPA maklum kedua-dua tak cukup. Kan pelik macam mana tak cukup? Pasal YDPA menolak semua yang BN.

PN 105
PH 91

Rupanya sebab ada nama bertindan, daripada BN. Antara nama yang dirujuk bertindan ialah Hishamuddin Hussein sokong Muhyiddin, tapi nama dia juga ada di surat sokongan terhadap Anwar. Oleh kerana itu YDPA tolak kedua-duanya dan cadang kerajaan perpaduan (unity) tapi TSMY menolak cadangan ini dengan menanda tangani tak setuju disaksikan TGHH yang ada bersama di perjumpaan tersebut.

Jadi YDPA tolak dua-dua.

BONGKAR KONSPIRASI ANWAR-ZAHID

Perkara ini didedahkan oleh TS Anwar Musa (ada boleh baca di sini)

Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

"Difahamkan ada pihak sekali lagi cuba 'misled' (mengelirukan) Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen bukan saja bercanggah Perlembagaan malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi BN hari ini.

Tujuannya untuk 'pacung Muyiddin' dalam pertemuan YDPA.
Kerja jahat PN-BN (Kluaster Mahkamah) ini membuat YDPA terpaksa memanggil 30 MP BN bertanya sendiri pandangan mereka.

Annuar berkata, beliau difahamkan setiap Ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan dan masalah konspirasi yang terbongkar, akan diurus UMNO dan BN.

Esok kita lihat apa pula permainan Anwar-Zahid (PH-BN Kluster Mahkamah)

NASIR RAMLEE








............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )
  1. Ayat ini aku tk faham, "Kerja jahat PN-BN (Kluaster Mahkamah) ini..."

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo