NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Jo enggan komen keputusan BN


KUCHING:
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Katanya, tindakan yang akan GPS ambil adalah berdasarkan keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Saya tidak tahu keputusan baginda lagi. Saya tidak tahu (keputusan BN). Saya masih di persidangan Dewan DUN,” katanya kepada wartawan di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Pada Ahad lalu, GPS mengumumkan bahawa gabungan itu sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob berkata, BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, naib presiden Umno itu menambah, BN bersetuju untuk menjadi pembangkang.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo