NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM perlu ambil serius laksana MA63



PUTRAJAYA
- Kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan perhatian serius terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia perlu dilakukan walaupun secara berperingkat.

"Dalam pertemuan tadi, saya ada membangkitkan tentang pentingnya perjanjian itu dilaksanakan.

"Ia mungkin boleh dibuat secara berperingkat namun mesti dilakukan dengan serius kali ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar di pejabatnya di sini, pada Ahad.

Sementara itu, mengulas mengenai keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah dan Sarawak, Mohd Shafie berkata, tiada sebarang perbincangan terperinci yang dilakukan setakat ini.

Ujarnya, pertemuan bersama Anwar sebaliknya lebih tertumpu kepada kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan.

"Kita tak bincang secara terperinci (jawatan TPM). Kita tunggulah waktunya.

"Pertemuan tadi membincangkan tentang perjalanan yang perlu kita lakukan dalam masa terdekat ini untuk memastikan kita berada di landasan yang sepatutnya," jelasnya.

Ditanya mengenai cadangan nama untuk membarisi jemaah kabinet, beliau menyatakan secara terperinci ia belum dibincangkan.

"Kita ada bincang tentang perjalanan pentadbiran dan pandangan tentang pentingnya laksanakan amanah dengan baik kerana harapan rakyat terhadap pemerintahan yang ada pada hari ini.

"Kita harap ia akan dapat dilaksanakan. Ia bukan mudah, saya tahu banyak halangan," ujar beliau.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo