NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Piala Dunia: Costa Rica bangkit kembali dengan menewaskan Jepun 1-0



DOHA, 27 Nov (Bernama) -- Costa Rica bangkit daripada kekalahan memalukan ketika bertemu Sepanyol dengan mengatasi Jepun 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan E Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali pada Ahad, lapor Xinhua.

Pemain bek kanan Keysher Fuller menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Caribbean itu pada minit ke-81.

Keputusan itu menjadikan situasi dalam kumpulan itu lebih rumit memandangkan Costa Rica dan Jepun memperoleh satu kemenangan daripada dua perlawanan dan berkongsi tiga mata.

Sepanyol kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan perbezaan gol hasil kemenangan menakjubkan 7-0 ke atas Costa Rica pada Rabu.

Jerman yang tewas mengejut 1-2 kepada Jepun pada perlawanan pertama akan menentang Sepanyol lewat hari ini.


- BERNAMA 






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo