NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perang dalam UMNO bermula: Pembantu Ismail nafi audio mahu jatuhkan Najib


PETALING JAYA:
Setiausaha politik bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob menafikan rakaman suara tular yang mendakwa beliau dan seorang bekas wakil rakyat Umno mahu menjatuhkan kredibiliti Najib Razak.

Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad yang terkejut dan kecewa, menyifatkan ia percaturan politik jahat dan jijik untuk memusnahkan reputasinya sebagai setiausaha politik dan mahu menjatuhkan Ismail.

“Ia juga konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas perdana menteri yang juga Naib Presiden Umno, Ismail,” katanya dalam kenyataan.

Beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini berhubung rakaman itu.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini.”

Terdahulu, tular audio didakwa membabitkan Fazmi dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif yang dikatakan mahu menjatuhkan Najib.

Susulan itu, pentadbir akaun Facebook Najib meminta individu terbabit tampil membuat penjelasan.







........
Komen: Aku dah ambil popcorn dengan Anwar Ibrahim nak tonton wayang




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo