NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengundi muda penentu kemenangan PN - Abdul Hadi


KEMAMAN:
Perikatan Nasional (PN) yakin undi golongan muda akan menjadi penentu kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi PN Malaysia, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau sudah melawat seluruh negara dan sambutan diberikan golongan itu terhadap PN sangat memberangsangkan.

"Saya telah melawat seluruh negara di semenanjung dari Perlis sehingga Johor dan terakhir di Kemaman.

"Menarik perhatian saya, sambutan orang muda dan himpunan dianjurkan, di mana pengundi muda adalah undi penentu yang sangat besar dalam pilihan raya ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jelajah PN Best Grand Finale PRU15 di Padang Astaka, di sini, malam ini.

Ditanya adakah pengundi muda bersama PN pada PRU kali ini, beliau berkata, sambutan diberikan pengundi muda kepada PN melebihi parti lain.

"Sama ada majlis waktu pagi, makan pagi, petang mahupun malam, semuanya meriah," katanya.

Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda pada PRU15, dengan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara layak untuk mengundi Sabtu ini.

Melalui statistik sama, sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun, manakala 4,614,429 berusia antara 21 hingga 29 tahun.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo