NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bermula Rafizi bertemu Clare Rewcastle Brown fitnah 90 juta kini Tuan Ibrahim, @scrut.my mengesahkan Hadi Bersih


Semalam SCRUT keluar kenyataan:

Setelah segala kebarangkalian Uncle telah masukkan. Haji Hadi didapati tiada apa-apa data yang boleh relate-kan dia dengan apa-apa business.

Cuma sistem kami trigger anak Haji Hadi iaitu Khalil. Itu pun macam takda apa sangat. Kalian boleh semak sendiri dengan Interepo (www.interepo.com).

Nampak banyak company yang Si Khalil ni masuk berkaitan dengan kerajaan negeri kecuali Epic Oilfield yang mungkin di kalangan nama-nama shareholder itu proxy atau funder.

Mengenali Haji Hadi, Uncle percaya dia masih lagi seorang yang ada asas iman. Dia masih lagi tinggal di rumah kampungnya. Yang jelas, SCRUT ANALytica tidak jumpa apa-apa perniagaan.

Yang buat Uncle respect, dia tak bertenggek pun di syarikat GLC milik negeri. Rasanya cukup dah gaji sebagai MP dan “menteri”."



Ramai pengundi baru tidak tahu bagaimana Fitnah RM90 juta menyebabkan PAS mengalami masalah besar dalam PRU-14 lalu dikebanyakkan negeri sebelah pantai barat sehingga PAS kalah teruk di Selangor.

PKR telah membayar sejumlah wang yang sangat  besar kepada syarikat editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown untuk menyerang Najib Razak dan PAS. Perjanjian kontrak ini dikatakan dibuat antara bulan Oktober 2015.

Artikel 8 perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi mereka supaya menyokong Umno dan BN.



Tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.

Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.

Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghiraukan dosa dan pahala.

Pelik juga puak-puak mereka dalam isu liwat Anwar walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkaan sahaja dah dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.


Husam sekadar kata dia tak kata PAS terima wang 90 juta. Dia hanya minta PAS buktikan sahaja tak terima. Hebatkan puat-puak ni dalam mengenakan pimpinan PAS dengan fitnah. Fitnah dah jadi wirid mereka.

Kalau kita kenal Husam dan dengar dia bercakap kata-kata yang top dalam whatsapp "BABI PUN BOLEH TERBANG". Maknanya hebatnya 'bual'nya Husam (bahasa kelete makna bohong atau loyar buruk)


Rewcastle Brown juga mendakwa Hadi, sama ada oleh dirinya sendiri atau ejennya, terlibat dalam penerbitan sejumlah artikel yang menyerang, memfitnah dan mengganggu beliau di laman web The Third Force dan Malaysia Today.

Yang dituduh Clare Ustaz Khalili Abdul Hadi beli motor besar..


Ini contoh posting PAKATAN HARAPAN SUPPORTERS. Yang membuat post dibayar gaji (RAFIZI). Yang komen pula serang membabi buta kepada anak Presiden PAS yang sekarang ini menerajui Ketua Pemuda PAS Pusat tanpa sebarang maklumat adakah itu benar atau palsu. Sedangkan semua orang tahu Khalil hanya berganbar dalam satu acara jelajah bermotor anjuran Pemuda PAS Pusat.

Yang membuat posting memang kita tahu mereka makan DEDAK untuk buat kerja FITNAH tak kira masa. Yang kita persoalkan yang baca posting tu pula bodoh dengan komen yang tidak mengambar diri mereka seorang Islam. Kalau inilah sifat mereka semasa PRU nanti sudah pasti mereka ini boleh dimanipulasikan oleh Rafizi dan Anwar.

.....

Seperti dilaporkan oleh Scrut tidak ada maklumat perniagaan Abdul Hadi dan keluarga mereka (tidak seperti Anwar dan anak beranak mereka) untuk mendapat kewangan. Jadi Rafizi sukar untuk buat fitnah macam PRU14 lalu memusnahkan PAS.

Jadi mereka memilih Tuan Ibrahim Tuan Man. Projek yang diluluskan sebelum pembubarkan dijadikan modal untuk Rafizi dan PH memfitnah PAS. Merosakkan imej PAS memastikan PN tidak menguasai Putrajaya.

Ini kerja amat jahat sudah pasti Allah akan membalasnya kepada mereka yang membawa fitnah dan menyebarkan fitnah.

Jika anda terlibat dalam kempen penyebaran ini sebelum ajal anda tiba lebih baik anda bertaubat. Untung didunia ini sedikit sahaja, diakhirat nanti anda menyesal amat sangat.

NASIR RAMLEE







 

 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo