NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendaki maut jatuh tebing lebih 300 meter

Masocco mendaki bersama tiga rakannya ketika dia tergelincir lalu terjatuh dari tebing. – Newsflash


VENICE, ITALI – Seorang wa­nita meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing  setinggi 304 meter akibat tergelincir semasa mendaki sebuah gunung di Itali, lapor akhbar New York Post.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan),  Ahad lalu ketika mang­sa, Maria Cristina Masocco mendaki Pergunungan Dolomites, wilayah Veneto yang memiliki  puncak setinggi hampir 3,352 meter.

“Berita yang kami terima mengenai kematian tragis seorang wanita muda bernama Maria Cristina Masocco. Insiden berlaku petang tadi (Ahad lepas)  di kawasan pergunungan, ia amat mengejutkan,” kata Datuk Bandar Feltre, Vivia­na Fusaro.

Masocco dilaporkan berjalan di lereng gunung apabila kakinya tiba-tiba tergelincir, menyebabkan dia  terjatuh ke bawah sambil menjerit dan hilang dari pandangan, demikian menurut saksi kejadian.

Rakan Masocco yang mendaki bersama-samanya  segera  menghubungi perkhidmatan kecemasan yang kemudian mengerahkan sebuah  helikopter penyelamat ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia ketika bantuan kecemasan tiba.

“Saya menzahirkan rasa simpati yang ikhlas daripada semua masyarakat di sini, yang turut berduka cita di atas kehilangan mangsa,” kata Fusaro lagi. – Agensi 












........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo