NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin komuniti PJ persoal PKR gugur Maria Chin


PETALING JAYA:
Bekas ahli majlis dan bekas presiden persatuan penduduk mempersoalkan rasional keputusan PKR menggugurkan Maria Chin Abdullah sebagai calon dalam pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Richard Yeoh, berkata beliau hairan dengan dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa penyandang Parlimen Petaling Jaya itu digugurkan untuk “memenuhi tuntutan pengundi”.

“Saya tidak sedar bahawa sebarang usaha dibuat untuk menilai atau memastikan tuntutan pengundi,” katanya kepada FMT.

Yeoh, yang merupakan ahli majlis sejak 2008 hingga 2013, mempertahankan Maria sebagai Ahli Parlimen sambil berkata beliau seorang yang rajin, “sangat berhubung” dengan komuniti dan “sangat aktif”, terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Jumaat lalu, Rafizi berkata parti memilih Lee Chean Chung berbanding Maria kerana kawasan itu memerlukan “Cina berpendidikan tinggi” yang mempunyai tenaga untuk bergerak dan boleh mengendalikan kumpulan masyarakat sivil.

Lee, ADUN dua penggal Pahang, adalah “orang yang sesuai”, kata Rafizi.

Yeoh mendakwa, penduduk marah kerana diberikan calon “payung terjun” dan tiada kaitan dengan masyarakat setempat.

Benjamin Thompson, bekas presiden persatuan penduduk Seksyen 5 berkata, Maria mempunyai ijazah sarjana muda ekonomi dan sarjana dalam perancangan bandar sudah cukup untuk dianggap sebagai “berpendidikan tinggi”.

Thompson turut memuji tahap tenaganya yang “mengagumkan”, sambil berkata beliau jarang menghantar wakil untuk perjumpaan komuniti.

“Secara jujurnya, saya tidak pasti apa lagi yang diharapkan pengundi daripada Ahli Parlimen mereka,” katanya.

Ahli persatuan penduduk Lengkuk Golf SS7, Esham Salam, mempersoalkan penekanan Rafizi terhadap persaingan dalam memilih calon, mendakwa penduduk Petaling Jaya tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Katanya, beliau bingung apabila Rafizi menggunakan “isu kaum”.

Dia yang tinggal di Petaling Jaya sejak beberapa dekad lalu dan aktif dalam kumpulan masyarakat sivil, berkata isu kaum jarang menjadi faktor.

“Saya tahu ramai aktivis dan penduduk PJ terpedaya dengan kenyataan itu,” kata Esham.

Yeoh berkata, ini adalah kali pertama dia mendengar bahawa kaum menjadi faktor untuk memilih calon.

“Sebelum ini, kami telah memilih wakil bukan Cina dan mereka melakukan yang terbaik di PJ,” katanya yang merujuk R Sivarasa dan R Rajiv.

Sivarasa merupakan Ahli Parlimen Subang dari 2008 hingga 2018 dan Rajiv adalah ADUN dua penggal Bukit Gasing.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo