NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar Tingkatan 1 dakwa guru suruh melutut kerana pakai kasut ‘salah’

Gambar hiasan aje... jangan pula galak sebar

BUTTERWORTH:
Seorang pelajar Tingkatan 1 mendakwa dia disuruh oleh seorang guru kanan untuk melutut dengan mengangkat tangannya semasa perhimpunan sekolah pada Selasa, sebagai hukuman kerana memakai kasut dengan pengikat “velcro”.

Dia turut mendakwa bahawa “kayiru” (tali suci) yang dipakainya dipotong.

Pelajar berusia 13 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia ditegur guru itu kerana memakai kasut yang bukan standard.

“Saya disuruh sebelum perhimpunan untuk melutut di kawasan bertar dengan mengangkat tangan,” katanya.

“Saya beritahu guru itu, saya tak mampu beli kasut baharu kerana bapa saya tiada wang (untuk membelinya).”

Dia mendakwa, selepas “kayiru” yang dipakai di tangan kanannya dipotong, guru itu turut menyuruhnya membuang “pottu” dan debu suci di dahinya.

Pelajar itu berkata, susulan kejadian dia takut untuk ke sekolah.

Ketua Polis Seberang Perai Utara Radzi Ahmad mengesahkan laporan itu.

FMT sedang cuba menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan komen.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo