NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas Sabah tidak bertanding, sokong calon GRS-BN


KOTA KINABALU:
Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRU15 di negeri itu.

Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, keputusan itu dibuat Perhubungan Pas Negeri Sabah (PPNS) semalam selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan utama Pas Pusat pada 2 November.

"Pas Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sabah.

"Semua ahli dan penyokong Pas diarahkan membantu serta mengundi calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda menyokong prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh Pas", beliau berkata.

Keputusan tersebut dipercayai dibuat berdasarkan kedudukan Pas sebagai rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung.

Sementara itu, Bersatu melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Rabu telah mengumumkan calon di 5 buah kerusi Parlimen iaitu di Kudat, Papar, Ranau, Batu Sapi dan Semporna.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo