NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Palestin gesa Israel hentikan program nuklear

Riyad al-Maliki berkata penting bagi Israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan. - Foto fail/REUTERS

RAMALLAH: Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Israel menghentikan program nuklear bagi mewujudkan zon bebas senjata nuklear, lapor Xinhua.
Al-Maliki berkata demikian sebagai reaksi kepada langkah Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi dikemukakan Mesir yang menggesa Israel menghapuskan senjata nuklearnya.

Sambil menyambut baik penerimaan resolusi itu, beliau berkata: "Israel bertanggungjawab menetapkan programnya untuk dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana ia satu-satunya pihak di Timur Tengah yang memiliki senjata pemusnah besar-besaran terutamanya senjata nuklear."

Beliau berkata penting bagi Israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.
Media Israel melaporkan pada Isnin, Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB memutuskan Israel harus memusnahkan senjata nuklearnya.

Resolusi yang dikemukakan Mesir dan disokong Jordan, Maghribi, Pihak Berkuasa Palestin dan Bahrain itu turut mahu Israel meletakkan kemudahan nuklearnya di bawah pengawasan IAEA.
Jawatankuasa Pertama itu ialah satu daripada enam jawatankuasa utama PBB yang menangani isu pelucutan senjata nuklear global.
Dalam langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jawatankuasa itu menggesa Israel untuk segera bersetuju dengan Perjanjian Percambahan Senjata Nuklear, tidak membangunkan, mengilang, menguji dan berhenti memperoleh senjata nuklear.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo