NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Kedah sedia buka pintu kepada Phahrolrazi

Othman Aziz (kanan) berkata, sebagai orang lama dalam politik, Phahrolrazi diyakini dapat membawa perjuangan yang sama dengan UMNO.

JERLUN: UMNO Kedah sedia membuka pintu bagi bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi untuk menyertai parti itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, dengan pengalaman yang ada padanya, beliau yakin Phahrolrazi dapat membawa wadah perjuangan yang sama di dalam UMNO.
Menurut Othman, beliau terkejut dengan berita pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu selepas memboikot pilihan raya kerana kerusi Parlimen Jerai milik Amanah diberikan kepada DAP di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Othman berkata, Phahrolrazi merupakan antara pemimpin yang sudah lama berada di dalam gelanggang politik bersama Pas sebelum menyertai Amanah di negeri ini.
“Sekiranya Datuk Phahrolrazi hendak bersama dengan kita, kita mengalu-alukan seperti menadah nyiru ini ditawarkan stadium kita kemukakan.

“Saya yakin Datuk Pharolrazi juga seorang tokoh lama yang faham sepak terajang politik di Kedah ini kalau dia hendak bersama kita sudah tentu kita mengalu-alukan kehadiran beliau,”kata Othman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pering, dekat sini, hari ini.
Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Jerai, satu-satunya kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di Kedah pada PRU15.
Kelibat Phahrolrazi tidak kelihatan pada Majlis Pengisytiharan calon PH Kedah yang dibuat di Bandar Laguna Merbok sebelum beliau diumumkan dipecat keahlian parti oleh Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli pada Ahad.
Sementara itu, mengulas kehadiran calon Melayu daripada DAP di kerusi Parlimen Jerai, Othman yakin tindakan itu tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.
Dalam masa sama, Othman optimis pengundi di Jerai mempunyai kebijaksanaan untuk memilih siapakah calon untuk mewakili mereka di Parlimen nanti.
“Saya yakin terutama (pengundi) orang Melayu di Jerai tidak akan mudah diperdaya… kita tahu di Jerai ini selalunya UMNO dan juga Barisan Nasional merupakan tonggak sokongan, jadi apabila dimasukkan DAP sebagai salah seorang calon saya rasa mungkin mereka mahu memecah undi sokongan kepada Barisan Nasional.
“Jadi saya ingin menyeru kaum keluarga kita yang berada di Jerai, amati dan perhati elok-elok jangan tersilap langkah, jangan terpesona dengan dakyah kononnya mereka ini hendak menunjukkan bahawa DAP bahawa parti pelbagai kaum,” tambah beliau.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo