Penyandang bagi kerusi Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sah digugurkan daripada terus mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.
PN Kelantan kali ini mempertaruhkan calon muka baru setiausaha politik kepada Presiden PAS iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob dalam majlis yang diadakan di Kota Bharu, malam ini.
Selain itu seorang lagi penyandang bagi kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Md Nawi (gambar, bawah) turut menerima nasib sama.
Sebaliknya PN Kelantan mempertaruhkan calon wanita yang juga Adun Demit, Mumtaz Md Nawi sebagai pengganti.
Antara calon baru yang dipertaruhkan Kelantan termasuk di Parlimen Manchang yang akan diwakili Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Jeli menampilkan , Zahari Kechik.
Sementara itu, PN Kelantan mengekalkan lapan penyandang di Parlimen Kota Bharu (Takiyuddin Hasan); Pengkalan Chepa (Ahmad Marzuk Shaary); Kubang Kerian (Tuan Ibrahim Tuan Man); Pair Mas (Ahmad Fadhli Shaari); Pasir Puteh (Nik Muhammad Zawawi Salleh); Rantau Panjang (Siti Zailah Mohd Yusoff); Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz); dan Kuala Krai (Abdul Latiff Abdul Rahman).
Selain itu, bagi Parlimen Ketereh PN Kelantan turut menampilkan calon muka baru daripada Bersatu iaitu bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia, Khlir Mohd Nor.
Terdahulu, media tempatan melaporkan desas-desus Che Abdullah dan Nik Mohammad Abduh bakal digugurkan daripada menjadi calon bagi mempertahankan parlimen yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.
Sebelum ini memetik sumber dalaman Umno melaporkan Che Abdullah menjadi calon yang 'disimpan' BN untuk dipertaruhkan sebagai calon selepas parti itu belum mengumumkan wakil mereka untuk bertanding di parlimen tersebut.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment