NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Neville, Rooney bukan kawan saya - Ronaldo


LONDON:
Hubungan Cristiano Ronaldo dengan Manchester United dilihat semakin renggang selepas dia mengkritik kelab itu dan berdepan masa depan tidak menentu ketika dia bersiap sedia menghadapi Piala Dunia.

Bintang Portugal itu memberitahu rancangan kendalian Piers Morgan di TalkTV dia berasa "dikhianati" oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selain tidak menghormati pengurus baharu Erik ten Hag.

Dia turut mengecam pemilik kelab dari Amerika Syarikat, keluarga Glazer apabila menyatakan mereka lebih memikirkan potensi menjana wang daripada United berbanding keputusan di tengah padang.

Penyerang berusia 37 tahun itu malah membidas bekas rakan sepasukannya Gary Neville dan Wayne Rooney, apabila berkata "mereka bukan kawan saya" susulan kecaman daripada dua bekas pemain itu baru-baru ini.

Kelab itu dilihat agak berhati-hati dalam respons mereka setakat ini, mengatakan mereka akan mempertimbangkan jawapan "selepas fakta penuh diketahui".

Namun agak mustahil membayangkan ada ruang buat Ronaldo untuk kekal di Old Trafford susulan luahan kemarahan sedemikian.

ESPN melaporkan Ten Hag memberitahu bos United, Ronaldo tidak sepatutnya bermain dengan kelab itu lagi.

Ronaldo dan United mungkin berpisah apabila jendela perpindahan dibuka pada Januari ini, tetapi tidak pasti ada pembeli yang sesuai di sebalik status hebatnya dalam bola sepak.

Pemain veteran itu, yang baru-baru ini menjaringkan gol ke-700 di peringkat kelab, mahu berpindah pada jendela musim panas lalu selepas United gagal layak ke Liga Juara-Juara musim ini.

Namun kelab gergasi EPL dan Eropah itu enggan melayan permintaan pemain yang pernah menjadi aset paling hangat dalam dunia bola sepak, menyebabkan dia kekal di United.

Mereka mungkin akan lebih berhati-hati sekarang, selepas menyaksikan tingkah laku Ronaldo, walaupun pemenang Ballon d'Or lima kali itu dilaporkan sudah berunding dengan Bayern Munich.

Dia juga dikaitkan dengan kepulangan ke Sporting Lisbon, kelab asalnya ketika remaja, tetapi dia perlu menerima hakikat tidak akan mendapat gaji mingguan seperti di United yang dilaporkan kira-kira £500,000 (RM2.7 juta). – AFP




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo