NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar sedia dedah akaun PKR, cabar Muhyiddin buat perkara sama (buat dulu jangan cakap politik aje.. )


KUALA LUMPUR:
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mendedahkan penyata akaun partinya, dengan syarat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melakukan perkara sama.

Ia susulan cabaran yang dibuat Muhyiddin terhadap Anwar, semalam supaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan penyata kewangan partinya, selepas menuduh PN sebagai parti politik terkaya ketika ini.

"Muhyiddin, saya selaku Presiden Keadilan menyatakan, saya sedia, esok kita boleh dedahkan akaun kita. Kamu dedahkan akaun parti kamu, akaun kekayaan kamu di Malaysia dan luar negara.

"Cakap banyak, isytihar harta pun tak berani," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan mendakwa PN menjadi parti politik paling kaya ketika ini berikutan banyak memperoleh projek bernilai berbilion ringgit ketika tempoh pandemik COVID-19.

Dakwa Anwar, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika itu, banyak projek dikeluarkan tanpa tender kepada pihak tertentu.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Anwar berkata, Muhyiddin yang sepatutnya memberi penjelasan bagaimana projek berkenaan diluluskan, yang didakwanya tanpa tender, dan bukan beliau yang perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaan PN parti terkaya seperti yang dituntut Muhyiddin.

"Tiada tender, tiada soal, tiada perbahasan di Parlimen. Kamu yang mesti jawab kepada rakyat," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo