NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak lari kena cemuh pengkhianat Saarani buka cerita baharu 'beli Adun'


Empat lima hari sebelum ini tak ada pun cerita beli adun, tiba hari ke-9 ada cerita beli Adun. Kenapa tak bising sebelum ini. Biasalah reka cerita nak selamat diri kononnya dia ni bukan pengkhianat Melayu Islam.

....
LENGGONG:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat usaha membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wakil rakyat berkenaan dan individu yang menjadi perantara untuk urusan ‘jual beli’ tersebut.

“Yang melukakan hati saya apabila dimaklumkan bahawa sudah ada ejen parti yang menghubungi ADUN BN supaya tinggalkan parti dan sertai mereka seperti mana yang berlaku pada PRU14.

“Itu bukan cara yang baik, itu namanya tikam belakang dan pengkhianatan. Apa yang berlaku pada tahun 2018, dengan cara sama juga mahu bawa sekurang-kurangnya empat orang ADUN lari menyertai mereka dan menubuhkan kerajaan negeri.

“Saya cakap ‘no way’. Saya terus buat keputusan dan hubungi pihak istana, mohon menghadap Sultan Perak untuk sembah maklum bahawa kita (BN dan Pakatan Harapan) cukup kerusi untuk bentuk kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Khas Menteri Besar Perak di Kompleks Komuniti Desa Kemas Lenggong, di sini hari ini.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, sebelum keputusan itu disembah maklum kepada baginda, beliau telah pun bertemu dengan kesemua lapan wakil rakyat BN yang menang pada PRU15 bagi menyatakan pakatan antara dua gabungan parti bagi membentuk kerajaan negeri.

“Saya jumpa lapan ADUN BN, saya tanya setiap daripada mereka dan semuanya bersetuju dengan saya,” katanya.

Sementara itu Saarani ketika ditemui enggan mendedahkan siapa antara wakil rakyat BN yang cuba dibeli demi menjaga keselamatan mereka.

“Mereka suruh tinggalkan (parti). Saya tidak tahu apa tawarannya cuma diminta sertai gabungan parti itu. Mereka ada 26 kerusi dan mahu ambil empat orang daripada BN,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga memberi jaminan tidak akan tunduk pada telunjuk atau desakan mana-mana parti dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sekiranya mereka terus mengasak saya untuk ikut telunjuk, saya tidak teragak-agak menarik keluar sembilan orang ini daripada kerajaan. Itu janji saya, kita tidak perlu akur,” katanya.

Saarani yang juga ADUN Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak ke-15 selepas BN dan PH bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Keputusan PRU15 baru-baru ini menyaksikan kerajaan negeri Perak tidak boleh dibentuk ekoran tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah 30 daripada 59 kerusi DUN di perak.

PH hanya menang 24 kerusi DUN manakala PN 26 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi BN.

Kerjasama antara gabungan PH dan BN menjadikan mereka mempunyai kerusi yang mencukupi iaitu 33 kerusi DUN di mana melepasi angka majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo