NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Musa tak tanding PRU15


KOTA KINABALU:
Musa Aman tiada dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Sabah, sekali gus menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu bahawa bekas ketua menteri Sabah itu mungkin muncul semula dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berkata, Musa tidak pernah memaklumkan beliau mahu bertanding pada PRU15.

“Tiada niat untuk masukkannya kerana beliau tidak pernah beritahu saya, beliau mahu bertanding,” katanya selepas mengumumkan calon BN.

Musa, bekas ADUN Sungai Sibuga, dilantik sebagai ketua menteri Sabah dari 2003 hingga 2018.

Sementara itu, anak Musa, Yamani Hafez juga tiada dalam senarai calon BN, walaupun beliau memenangi kerusi Sipitang pada PRU 2018. Yamani memenangi kerusi itu atas tiket Umno.

Beliau kemudian berpaling tadah ke Bersatu pada 2020.

“Yamani tidak akan mempertahankan kerusinya kerana menurut ketua menteri, beliau tidak mahu bertanding,” kata Bung.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo