NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manfaat pengalaman Exco tabur khidmat di Dewan Rakyat


KOTA BHARU:
Pengalaman lebih 10 tahun sebagai Adun dan anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan akan dimanfaatkan Dato’ Mumtaz Md Nawi untuk memainkan peranan di Dewan Rakyat.

Katanya, Parlimen merupakan tempat yang lebih luas dan di situ segala dasar kerajaan Persekutuan digubal bermula di Dewan Rakyat.

“Jadi pengalaman di peringkat negeri kita akan kembangkan ke parlimen. Kalau kemenangan berpihak kepada PN di Kelantan, insya-Allah perubahan besar akan berlaku,” katanya selepas Majlis Pengisytiharan Calon PERIKATAN NASIONAL Kelantan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di sini malam tadi.

Mumtaz yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Malah katanya kerajaan negeri yang bertunjang dasar Membangun Bersama Islam sejak tahun 1990 mengubal dasar berkebajikan demi kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun beliau mengakui beban tugas yang dihadapinya semakin besar selepas diberi amanat bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

“Saya akur terhadap keputusan pimpinan dan berusaha sedaya upaya untuk pastikan masalah berbangkit di peringkat negeri dan negara dapat diselesaikan.

“Insya-Allah saya akan cuba buat sebaik-baiknya untuk menjaga kedua-dua tempat iaitu peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sekarang,” katanya.

Mumtaz juga sebelum ini ada pengalaman sebagai Ahli Dewan Negara. Sebelum itu berkhidmat sebagai peguam. – HARAKAHDAILY 3/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo