NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar


PUTRAJAYA - Calon BN Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan mesej tular kononnya menjanjikan RM300 untuk pengundi luar pulang mengundi di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata, mesej tersebut merupakan suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.

"Saya tidak akan bagi duit sebab ianya salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Menurutnya, pihak tersebut harus menghentikan perbuatan kotor itu.

"Saya harap sesiapa yang bertanding jangan main fitnah sebarangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan undian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya bagi tujuan tersebut.

"Saya tidak tahu apa tujuan pihak sana. Saya harap mereka hentikan fitnah sebegini," katanya.

Sebelum ini, jentera Tengku Adnan membuat dua laporan polis berhubung poster kempen yang diconteng menggunakan cat oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Sumber I Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo