NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk rayu pihak berwajib selesai masalah banjir termenung di Rantau Panjang


PASIR MAS, 15 Nov (Bernama) -- Penduduk beberapa kampung berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang, di sini, menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera menangani masalah banjir termenung dihadapi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang Norhisham Abdullah mendakwa kejadian di kampung terlibat berlaku susulan projek Fasa 1 Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Beliau berkata banjir termenung pertama kali berlaku pada Disember lepas manakala kejadian kedua pada Februari hingga Mac tahun ini.

“Ketika ini kami berdepan situasi banjir termenung buat kali ketiga. Sudah lapan hari banjir termenung berlaku di Kampung Tersang, Kampung Kubang Kual, Kampung Padang Licin, Kampung Tok Deh serta beberapa kampung sekitar kawasan ini,” katanya yang ditemui semasa demonstrasi aman di sini hari ini.

Norhisham berkata ketika kejadian Februari-Mac lepas, hasil gesaan penduduk, pihak kontraktor PLSB Sungai Golok telah membuat pintu air bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Sebanyak enam hingga tujuh pintu air dibuat dalam bentuk pembetung namun pintu-pintu air itu gagal dibuka dan masih bertutup rapat menyebabkan aliran keluar air dari Sungai Lanchang ke Sungai Golok tersekat,” katanya.

Menurut Norhisham, pihaknya menggesa kontraktor terlibat segera membuka pintu air tersebut dalam tempoh 24 jam atau penduduk akan membuat laporan polis.

Katanya banjir termenung antara paras buku lali hingga pinggang itu menyebabkan 2,090 orang daripada 692 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di sekitar lokasi tersebut setakat 1 tengah hari ini.

-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo