NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairy sah tanding Sungai Buloh, Jamal di Sungai Besar


KUALA LUMPUR
- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang hadir di Dewan Tun Hussein Onn ketika Majlis Pengumuman Calon BN mengesahkan bakal dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh.

“Sah, saya tanding P107 Sungai Buloh,” katanya pada majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula memaklumkan beliau ditempatkan bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

“Ya saya tanding di Sungai Besar,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo