NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Seri Tajuddin turut dicantas oleh Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR:
Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sah tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi itu.

Nama beliau tidak disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon sebentar tadi

Zahid sebaliknya mengumumkan, Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, akan bertanding di kerusi berkenaan.

Selain itu, penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut tidak dicalonkan semula.

Bagi Parlimen Arau, calon diumumkan adalah Rozabil Abd Rahman, manakala Pasir Salak (Khairul Azwan Harun).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Larut.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo