NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairuddin beri alasan bodoh kenapa dia bertanding atas tiket BN


KUALA NERUS:
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, tindakan beliau menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan untuk memperkasa Muafakat Nasional (MN).

Menurut Khairuddin, beliau konsisten memperjuangkan muafakat antara dua parti iaitu UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa.

“Kuala Nerus penting kerana ini sebagai kerusi panas MN kerana pembabitan saya melibatkan MN.

“Apa yang saya perjuangkan adalah muafakat kedua parti. Saya yakin ini adalah satu contoh politik untuk mengusahakan muafakat umat dan tujuannya utk menghalang Pakatan Harapan daripada berkuasa,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.

Bolehkah orang yang membuat kesalahan disiplin dipecat daripada Majlis Syura Ulama PAS. Kemudian merajuk meletak jawatan dalam parti. Kemudian bertanding atas tiket BN kononnya nak perkasa MN?

Orang bodoh tak ada akal sahaja percaya. Mungkin Takiri boleh bodohkan pengikut UMNO kerana Orang UMNO bila lihat orang pakai kupiah dikatakan lebai. Mereka percaya lebai. Tapi ingat Takiri yang kena tangkap dalam lokap pun banyak pakai kupiah.

Khairuddin juga yakin MN boleh disuburkan lagi selepas ini kerana pencalonan beliau dan Datuk Che Abdullah (Tumpat) menggunakan tiket BN adalah untuk tujuan perpaduan.

Che Abdullah tu ada masalah peribadi yang boleh merosakkan imej parti. Percalonannya tak lulus. Adakah orang yang bermasalah kemudian lawan parti dikatakan nak jadi tali perhubungan antara PAS dengan UMNO. Bogok berfikir macam tu. Takiri belajar tinggi tapi cara berfikir sangat bodoh. Alasan bodoh bukan apa-apa hanya memakan diri sendiri aje. Orang nampak kebodohan kita Takiri!

“Saya yakin MN boleh disuburkan. Kami berdua adalah calon perpaduan seperti diumumkan Datuk Seri Dr Zambry semalam.

Perpaduan, barang rekect PAS jadi DUTA PERPADUAN
Bodoh sangat kenyataan awak TAKIRI!

“Kita akan bagi idea muafakat sampai bila-bila dan akhirnya umat Islam dapat bersatu. Dan paling penting adalah usaha bersama untuk sekat PH,” jelasnya.

Sebenarnya Takiri 2 kali bodoh.
UMNO hanya perkudakan dia untuk rampas kembali Terengganu dan Kelantan
Tapi biasalah orang telah buat 'dosa' akan bergolombangan dengan dosa.

Dalam masa sama, beliau yakin dengan sokongan pengikutnya dan kekuatan jentera BN di Kuala Nerus boleh menyumbang satu kerusi kepada BN untuk membentuk kerajaan.

Ada pengikut ke?
10-20 aku tak kata mustahil, tapi lebih daripada itu 'pelawok' (dusta) belaka.

Khairuddin dilaporkan menerima watikah pelantikan calon daripada Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohd Sahfri Ab Aziz, pada Khamis.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket Pas memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperolehi undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (29,527 undi) dan calon PKR, Abdullah Muhamad (4,604 undi).

Akhir kata kita tunggu TAKIRI rembah dan akan disembelih oleh puak UMNO
masa itu TAKIRI akan kenal UMNO yang selalu dilaungkan dalam ceramahnya.
Kalau TAKIRI dan 20 orang pengikutnya tak nak menyelsal baik cari ceramah lama TAKIRI dan dengar semula dengan baik-baik, mungkin kamu boleh insaf....

NASIR RAMLEE



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo