NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keuntungan bersih suku ketiga MPHB melonjak kepada RM203.14 juta


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MPHB Capital Bhd (MPHB) melonjak kepada RM203.14 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM11.45 juta pada suku yang sama tahun lepas, hasil daripada penjualan anak syarikat insuransnya.

Perolehan turut melonjak kepada RM34.32 juta daripada RM4.22 juta sebelumnya, berikutan segmen pelaburan mencatat prestasi lebih baik manakala operasi hotel memperoleh hasil yang lebih tinggi, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

MPHB berkata segmen pelaburan melaporkan perolehan yang lebih tinggi sebanyak RM30.8 juta pada suku ketiga 2022 daripada RM0.8 juta pada suku ketiga 2021, susulan pengiktirafan hasil daripada perjanjian usaha sama (JV) antara Tibanis Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhnya dengan Pinggir Mentari Sdn Bhd.

Peningkatan sumbangan daripada operasi hotel sebanyak RM4.5 juta pada suku ketiga 2022 berbanding RM300,000 pada suku ketiga 2021 didorong oleh permintaan pelancongan domestik yang lebih tinggi, katanya.

Mengenai prospek masa depan, MPHB berkata segmen kredit mengekalkan strategi konservatifnya untuk membiayai pelanggan khusus yang bereputasi dengan pendedahan risiko rendah selain mengamalkan pengurusan risiko kredit yang ketat.

“Kumpulan akan terus menjaga dan melindungi sumbernya dalam persekitaran hartanah yang kurang memberangsangkan ketika ini.

“Bagaimanapun, ia akan menilai pilihan yang berdaya maju untuk mewujudkan nilai mampan jangka panjang dalam simpanan tanahnya dan mempertimbangkan perjanjian usaha sama dengan rakan kongsi khusus yang boleh dipercayai atau penjualan mutlak,” katanya.

-- BERNAMA






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo