NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi Beluran sah bukan milik Ronald Kiandee, BN tukar calon di Kalabakan


KOTA KINABALU:
Teka-teki mengenai nasib penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee akhirnya terjawab selepas sah beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan berkata, kerusi Parlimen tersebut diwakili oleh Benedict Asmat daripada BN.

Ia sekali gus menyaksikan BN bertanding di 12 kerusi Parlimen Sabah, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di 13 kerusi.

“Benedict Asmat daripada BN anak jati Parlimen Beluran dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Antropologi dan Sosiologi (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan mantan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

“Selain berpengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam, Benedict Asmat juga bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan kini merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pada PRU14, Ronald yang juga Menteri Pertanian Industri dan Makanan, menang kerusi Parlimen Beluran dengan majoriti lebih 7,000 undi atas tiket BN.

Dalam kenyataan sama, Bung turut memaklumkan pertukaran calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan.

BN, katanya menamakan Andi Muhammad Suryady Bandy yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu bagi kerusi berkenaan.

Pada 2 November, BN meletakkan Aslan Fadli Samsul Aling di kerusi Parlimen Kalabakan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo