NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan sementara BN peroleh markah 31% - Kajian Merdeka Center


Kerajaan sementara pimpinan BN memperoleh markah atau ‘approval rating’ sebanyak 31 peratus selepas pembubaran parlimen, dengan 60 peratus responden menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, menurut kajian yang dijalankan Merdeka Center.

Tinjauan yang dijalankan di kalangan 1,209 pengundi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas antara 19 dan 28 Nov, juga menunjukkan kira-kira 72 peratus daripada responden, berasakan negara sedang menuju ke "arah yang salah."

Dalam satu kenyataan hari ini, Merdeka Center berkata hanya kira-kira 20 peratus daripada mereka yang diselidiki percaya negara kekal di landasan yang betul - pandangan yang didorong oleh kebimbangan terhadap keadaan ekonomi, ketidaktentuan politik yang timbul daripada pilihan raya akan datang, dan topik lain seperti rasuah dan isu antara kaum.

“74 peratus pengundi berasakan bahawa ekonomi adalah masalah terbesar negara pada masa ini, tetapi kebimbangan pengundi sendiri terbahagi kepada inflasi (31 peratus), ketidakstabilan politik (13 peratus), rasuah (12 peratus), dan pertumbuhan ekonomi (12 peratus).

“Sementara itu, 'apporoval rating' untuk Perdana Menteri sementara (Ismail Sabri Yaakob) adalah pada 42 peratus,” kata pertubuhan itu.

Keutamaan mengundi

Berhubung topik faktor yang mendorong kepada pilihan mengundi, tinjauan itu mendapati pengundi mengutamakan calon tempatan (31 peratus), diikuti parti (21 peratus), berbanding kepimpinan negara (13 peratus).

Pengundi muda lebih mempertimbangkan faktor kepimpinan nasional (24 peratus) berbanding pengundi lain, katanya.

“Berkenaan dengan ciri-ciri calon, dua ciri yang paling penting ialah seseorang yang ‘mempunyai idea yang baik untuk negara’ pada 27 peratus, ‘bersih dan boleh dipercayai’ pada 24 peratus, dan ‘mampu membawa pembangunan ke kawasan’ pada 13 peratus. .

"Di sini sekali lagi, pengundi muda lebih menekankan 'bersih dan amanah' pada 34 peratus dan kurang mementingkan keupayaan calon untuk 'membawa pembangunan' yang hanya memperoleh 4 peratus."

Bagi jangkaan jumlah keluar mengundi, tinjauan mendapati terdapat hasrat untuk mengundi yang semakin meningkat.

Kecenderungan pengundi

Dari segi kecenderungan pengundi (sehingga 28 Okt), majoriti responden berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti. Ini diikuti Pakatan Harapan atau PH (26 peratus), BN (24 peratus), dan Perikatan Nasional (13 peratus). (Rujuk carta di bawah).

Bagi kecenderungan mengundi mengikut kaum, majoriti pengundi Melayu (32 peratus) cenderung memiih BN, diikuti 29 peratus yang mengatakan tiada kecenderungan atau tidak pasti dalam pilihan mereka.

Kira-kira 20 peratus memilih PN, manakala PH memperoleh hanya kira-kira 13 peratus sokongan. ( Rujuk carta di bawah ):

Justeru, masih terdapat peluang 29 peratus undi pengundi Melayu yang belum membuat keputusan, kata tinjauan itu.

Bagi responden Cina pula, 47 peratus menyatakan mereka lebih cenderung kepada PH, berbanding 5 peratus memilih BN, dan 1 peratus memilih PN. Sebanyak 23 peratus berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan/tidak pasti.

Sementara itu, 51 peratus kaum India yang diselidiki lebih cenderung kepada PH, berbanding BN (32 peratus), dan PN (1 peratus). Kira-kira 8 peratus berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan/tidak pasti.

Mengulas mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya, Merdeka Center berkata ia sukar untuk dijangka, memandangkan kehadiran tiga gabungan penting dengan asas sokongan yang besar, serta ketidaktentuan mengenai kemungkinan kadar keluar mengundi.

“Pada ketika ini, dengan tahap sokongan pengundi Melayu yang lebih rendah daripada jangkaan terhadap BN, adalah mungkin untuk membayangkan bahawa tidak ada satu gabungan yang akan mencapai pluraliti yang cukup besar untuk membentuk kerajaan dengan hanya satu parti atau gabungan lain.

“Sebaliknya, terdapat kemungkinan yang semakin meningkat bahawa sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti/pakatan diperlukan untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan majoriti mudah,” kata tinjauan itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo