NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kerajaan caretaker akan bentang Bajet mini untuk gaji penjawat awam' - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR:
Kerajaan caretaker akan membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023, bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya menyentuh pembayaran gaji penjawat awam.

Perdana Menteri Caretaker, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu akan dibuat sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

"Mini Bajet 2023 masih boleh dibentangkan khusus untuk emolumen gaji penjawat awam. Itu mesti dibentang sebelum Disember sebab untuk gaji Januari kena bayar untuk gaji penjawat awam. Jadi, itu mesti dibuat sebelum 31 Disember," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, mini Bajet 2023 itu tidak memerlukan proses yang rumit, malah sesi perbahasan juga tidak diperlukan untuk meluluskan bajet berkenaan.

"Penjawat awam tak perlu bimbang kerana sidang khas untuk bajet itu akan dibuat dan ia mudah. Tiada perbahasan pun. Bentang dan lulus," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, rakyat tidak perlu bimbang, memandangkan kerajaan sementara masih boleh berfungsi untuk mengurus tadbir negara.

"Kerajaan kekal sebagai 'caretaker'. Jadi rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan masih kekal tapi sebagai kerajaan sementara.

"Malah Kabinet yang lepas masih berfungsi sebagai Kabinet, kecuali mereka yang tidak bertanding dan kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Jadi mereka tiada dalam Dewan Rakyat.

"Tapi setakat ini, kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa. Parlimen kita akan bersidang dan RUU untuk bentangkan bajet akan dibentang. Akan dibentangkan mini bajet," katanya. -




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo