NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemungkinan Perang Tercetus Antara AS & China Tidak Mustahil: Ketua Perisik Australia


AUSTRALIA
, 05 November 2022 – Ketua Perisikan Luar Australia telah membuat kenyataan bahawa tiada sebarang jangkaan yang patut dibuat mengenai pendirian Australia dalam menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berperang dengan China dalam mendapatkan Taiwan.

Paul Symon, Pengarah Am bagi Perkhidmatan Perisikan Australia (ASIS) dalam kenyataan yang sama memberitahu bahawa keputusan berkaitan penglibatan Australia itu hendaklah dibuat dengan bersandarkan kepentingan negara.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika ditemuramah oleh Australian Broadcasting Company (ABC) di dalam sebuah temu bual istimewa bersempena dengan persaraan beliau.

Pengganti Symon setelah ini akan berdepan dengan kemungkinan peperangan di antara China dan AS dalam masa lima ke sepuluh tahun akan datang.

Beijing melihat Taiwan sebagai satu wilayah yang sepatutnya disatukan kembali dengan China, manakala AS selama ini telah menyalurkan bantuan kepada Taiwan dengan alasan untuk negara tersebut ‘melindungi dirinya sendiri’.

Presiden AS, Joe Biden sepanjang penggalnya hingga sekarang telah berulang kali menyatakan bahawa tentera AS akan melindungi pulau tersebut jika ianya diganggu gugat oleh China.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo