NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Mahathir calon tertua, Zhi Ting calon termuda

Calon Parlimen Langkawi, Dr Mahathir ditemui selepas tamat proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Fuaddin Kamaruddin, 70, yang mewakili PEJUANG menjadi calon tertua bertanding iaitu di DUN Kubu Gajah.

"Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Sabah, calon paling tua adalah Karil Pg Kurani berusia 76 tahun, bertanding mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

"Calon Bebas di kerusi Parlimen Tenom, Peggy Chaw Zhi Ting berusia 23 tahun menjadi calon termuda.

"Di kerusi DUN pula, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Syahmi Suhaimi berusia 23 tahun bertanding di DUN Tambun Tulang, manakala DUN Bugaya iaitu calon Bebas, Jufazli Shi Ahmad, 33," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas tamatnya tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi tadi, sebanyak 1,392 kertas penamaan sudah dikemukakan oleh pelbagai parti dan individu yang akan bertanding dalam PRU15 dan PRK DUN Bugaya, Sabah.

"Ia membabitkan 949 di Parlimen, 436 di DUN dan tujuh di DUN Bugaya," katanya.

Selain itu, Abdul Ghani berkata bagi bilangan penjuru menyaksikan pertandingan dua penjuru di sembilan Parlimen dan satu DUN.

"Tiga penjuru (54 Parlimen, 51 DUN); empat penjuru (82 Parlimen, 47 DUN); lima penjuru (43 Parlimen, 12 DUN); enam penjuru (24 Parlimen, empat DUN); tujuh penjuru (lima Parlimen, satu DUN); lapan penjuru (tiga Parlimen); sembilan penjuru (satu Parlimen) dan 10 penjuru (satu Parlimen).

"DUN Bugaya menyaksikan pertandingan tujuh penjuru," katanya.

Beliau berkata, mengikut jantina pula seramai 818 calon lelaki dan 127 calon wanita bertanding di Parlimen, DUN (375 lelaki, 59 wanita), manakala di DUN Bugaya (enam lelaki dan satu wanita).


Sumber I Astro Awani 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo