NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan asyik salahkan saya sebab gagal jadi PM, Dr M beritahu Anwar

Dr Mahathir Mohamad berkata Anwar Ibrahim dan penyokongnya berkali-kali menuduhnya tidak menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada presiden PKR ketika PH memerintah.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad memberitahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim jangan asyik menyalahkannya atas kegagalan menjadi perdana menteri.

Dalam catatan di blognya, Mahathir berkata, Anwar dan penyokongnya berkali-kali menuduhnya tidak menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada presiden PKR ketika PH berkuasa.

Bekas perdana menteri itu berkata, mereka juga menyalahkannya kerana tidak membincangkan keputusannya meletak jawatan perdana menteri pada 2020, dan menegaskan, ini bukan penyebab kepada kejatuhan kerajaan PH.

“Jika kerajaan PH tidak jatuh, maka ia boleh sahaja namakan Anwar ganti saya. Contohnya di UK, apabila perdana menterinya letak jawatan, parti yang memerintah tentukan siapa harus ganti.

“Liz Truss baru-baru ini tidak bincang dengan pemimpin lain untuk letak jawatan. Dia letak jawatan apabila merasa tidak dapat sokongan. Begitu juga yang saya lakukan,” kata pengerusi Pejuang itu.

Mahathir berkata, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainudin dan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali yang bersalah, dengan membawa Ahli Parlimen Bersatu dan PKR lain keluar daripada PH, sekali gus menyebabkan gabungan itu kehilangan majoriti.

“Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Muhyiddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM (perdana menteri).

“Anwar juga bersalah kerana membuat Azmin dan beberapa Ahli Parlimen PKR bersekongkol dengan Muhyiddin,” katanya yang juga bekas pengerusi Bersatu.

Sebelum Langkah Sheraton pada Februari 2020, Mahathir berulang kali berjanji untuk menyerahkan jawatan tertinggi kepada Anwar, yang diputuskan oleh penyokong sebagai perdana menteri pengganti.

Pada Disember 2019, Mahathir berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang dijadualkan pada November 2020.

Selepas perbincangan berpanjangan antara pemimpin PH pada 21 Feb 2020, Mahathir memberitahu sidang media pada 22 Feb lalu, bahawa majlis presiden gabungan itu telah memberinya budi bicara untuk memutuskan bila dia akan berundur.

Langkah Sheraton berlaku sehari kemudian, pada 23 Feb 2020, mencetuskan peristiwa yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo