NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaga-jaga Tok Mat, Rembau bukan kerusi selamat, kata Rafizi


KUALA LUMPUR:
Rafizi Ramli memberikan peringatan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang bertanding di Rembau, agar berwaspada kerana kawasan itu bukanlah kerusi yang selamat.

“Tok Mat rasa beliau selamat, tetapi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) telah meningkat sejak 2018,” kata Rafizi pada ceramah malam tadi, merujuk kepada Mohamad.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu, selepas calonnya Khairy Jamaluddin memperoleh majoriti 4,364 undi. Pada PRU15, Khairy akan bertanding di Sungai Buloh.

Rafizi berkata, PH menerajui di Negeri Sembilan dan gabungan itu akan dapat mendatangkan kejutan besar.

“Jadi baik Tok Mat jaga-jaga, Rembau tidak selamat,” kata timbalan presiden PKR itu.

Rafizi berkata, PH mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan 10 kerusi yang dimenanginya di Kuala Lumpur pada PRU 2018.

Mengenai peluang PH di Selangor, beliau berkata, PH berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi antara 19 hingga 20 daripada 22 kerusi Parlimen di negeri itu.

Katanya, Umno dijangkakan akan berpecah-belah selepas Ketua Umno Selangor Noh Omar tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusinya di Tanjong Karang.

“Jadi kita perlu usaha sedikit sahaja lagi,” kata Rafizi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo