NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bomba pindahkan tujuh sekeluarga di pekan Tanjong Karang

Anggota bomba membantu warga emas berpindah selepas rumah mereka dilanda banjir ekoran kejadian ban pecah di Pekan Tanjong Karang, awal pagi hari ini. - Foto BOMBA

TANJONG KARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memindahkan tujuh sekeluarga di pekan Tanjong Karang, dekat sini, ke tempat selamat selepas rumah mereka dilanda banjir, awal pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata semua mangsa dipindahkan ke rumah keluarga terdekat selepas kawasan itu termasuk Pasar Awam Tanjong Karang dinaiki air setinggi kira-kira satu meter pada jam 4.10 pagi.

Beliau berkata, banjir berlaku susulan kejadian ban pecah yang menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Kajang, di sini.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.07 pagi dan sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke lokasi kejadian.

"Pada mulanya, air Sungai Kajang melimpah ke sekitar pekan Tanjong Karang namun tidak membabitkan rumah penduduk sekitar.

"Bagaimanapun, pada jam 5.24 pagi, bomba mendapati air naik hingga ke paras satu meter di sekitar kawasan Pasar Awam Tanjong Karang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, JBPM Selangor melakukan dua pemindahan membabitkan tujuh sekeluarga termasuk seorang wanita warga emas berusia empat hingga 70 tahun.

"Mangsa terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita di mana semua mereka dipindahkan ke kawasan tidak dinaiki air iaitu Jalan Kilang Padi. 

"Pada jam 6.13 pagi, didapati air mula menunjukkan trend penurunan. Bagaimanapun, bomba masih melakukan pemantauan di lokasi kejadian," katanya. 

Norazam berkata, pihaknya percaya kemungkinan kejadian ban pecah itu berlaku buat kali ketiga. 

Sehubungan itu, katanya, beliau menasihatkan penduduk supaya mengikut arahan pasukan penyelamat sekiranya diarahkan berpindah termasuk menutup sepenuhnya bekalan elektrik 

"Selain itu, sentiasa awasi anak-anak terutamanya yang masih kecil supaya tidak bermain air banjir. Berwaspada dengan kehadiran haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking," katanya.

Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan kejadian ban pecah berlaku di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

Dua lokasi itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.


Sumber I BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo