NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu kluster mahkamah, Anwar kata ‘mereka bersalah hanya selepas dijatuhi hukuman’

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.

Perdana Menteri mengulas berhubung isu desakan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu kerajaan tidak melantik barisan Kabinet yang terdiri daripada kluster mahkamah kali ini.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum memutuskan mengenainya.

“Pandangan semua, kita ambil kira. Ia dalam perbincangan tetapi seperti mana yang kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah).

“Yang lain itu kita akan beri pertimbangan,” katanya dipetik laporan BH. 


Anwar terdahulu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang tadi.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik tidak mahu mana-mana pemimpin yang mempunyai kes mahkamah dilantik dalam Kabinet.

Ia termasuk gesaan oleh Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mahu jemaah Menteri dilantik kelak bebas kes mahkamah.

Terdahulu, Bersih membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan daripada barisan pentadbiran kerajaan yang akan diumumkan Anwar.

“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” kata kenyataan tersebut.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet baru nanti.

“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.


....
https://www.agendadaily.com/




........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo