NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Imbas: Allahyarham Nik Aziz Kecam Anwar Iktiraf Israel (bersama video)



Pada 13/02/2016 Allahyarham Nik Aziz Kecam Anwar Iktiraf Israel. Boleh lihat berita dan juga video.

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya bahawa bekas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana iktiraf negara Israel sewaktu berada di luar negara.

PAS melalui artikel bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah PAS” yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi parti itu hari ini mengingatkan semua pihak bahawa Allahyarham Nik Abdul Aziz mengambil tindakan itu ke atas Anwar pada tarikh 13 Februari 2012.

Parti itu turut meninggatkan Majlis Syura Ulama PAS pernah hantar surat kepada Anwar mendesak pemimpin PKR itu menarik balik kenyataannya kepada Wall Street Journal (WSJ) yang sokong usaha penyelesaian dua negara untuk jaga keselamatan umat Israel.

“Pada hari ini dalam tahun 2012, Mursyidul Am PAS telah memaklumkan kepada media massa bahawa Majlis Syura Ulama PAS mengambil pendirian yang PAS tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel.

“Dan mendesak Anwar segera menarik balik kenyataannya yang menyokong konsep penyelesaian dua negara, satu negara untuk rakyat Palestin dan satu negara untuk Yahudi Zionis, Israel.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada 11 Februari 2012 turut menegaskan PAS menolak formula penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Asia Barat.

“PAS berpegang bahawa haram menerima kewujudan negara haram ini (Israel). Para pemimpin UMNO turut mendakwa kenyataan itu memalukan negara dan umat Islam.


 






........
Komen: Anwar kantoi dalam isu Agen Isreal




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo