Ramai kawan-kawan saya bertanya pasal isu Anwar agen Yahudi Isreal. Dia macam tak puas hati dengan PAS atas isu ini.
Saya gelak aje. ANWAR KOYAK dah 24 tahun mengidam jadi PM akhirnya buat perangai bodoh macam dia jadi TPM dulu. Salah guna polis siasat isu 50 dalil. Ugut Ummi Hafida. Walaupun saya tak suka Ummi Hafida, tapi aku baca akuan sumpah dia beberapa kali dan dia menyebut dengan detail 5 hingga enam orang. Nak buat konspirasi sangat sukar untuk babitkan ramai orang dan orang dibabitkan itu termasuk yang berkerja sebagai bibit. Pasal tu dulu Tun Mahathir buang dalam tong sampah, tapi Tun pun ambil tahu juga.
Sebenarnya Anwar sengaja membuat fitnah kepada PAS dan Presiden PAS. Dulu semasa PRU13 dengan isu 90 juta. PRU14 dengan kertas hitam. PRU15 tak ada modal di jaja isu Agen Yahudi dan Rafizi pula serang Tuan Ibrahim.
Pembaca saya pasti sudah cerdik dan boleh berfikir secara rasional. Boleh buat kajian atas apa yang saya nyatakan dalam tulisan ini.
Ini adalah video serangkan kepada PAS. Tak apa serangan ini boleh dibuat kajian dan dijadilkan hujah. Dalam ceramah ini jelas Anwar kata Abdul Hadi tulis surat kata dia Ageng Yahudi. Surat itu dalam Bahasa Arab. Makna dia tak tahu baca mingkin ada geng IKRAM tolong translate kot!
Soalannya mana surat tu?
Bukan apa nak tunjuk kepada yang pandai bahasa Arab dan bagaimana yang bodoh bahasa Arab kencing pengikutnya.
Pembaca boleh rujuk di sini >>Sila klik<<
Ini Malaysiakini kitab penyokong PH.
Mohd Amar Abdullah, berkata surat tersebut merupakan warkah peribadi presiden PAS kepada pemimpin gerakan Islam dunia.
Abdul Hadi hantar secara peribadi, dan surat itu juga lebih menerangkan isu dan perkembangan yang berlaku dalam tanah air," katanya.
Pada masa sama surat itu mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun ia bukan dibuat secara demokrasi.Dalam surat itu antara lain Abdul Hadi menceritakan, sejurus selepas pilihan raya umum lalu, PAS mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kedudukan orang Islam dalam negara ini.
"Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (taawun) secara jalan damai.
"PAS telah memilih hubungan dengan Mahathir memandangkan sikap nasionalis dan semangatnya mempertahankan Islam.
"PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.
"Bersama Anwar adalah Amanah yang bersifat Islam liberal, dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan," menurut surat itu.
"Ya beliau menjelaskan perkembangan yang berlaku dalam negara, itu hubungan biasa secara peribadi dan sentiasa berlaku," jelasnya.
Saya setuju kalau dalam surat itu Tok Guru kata, komplot menaikkan Anwar itu dibuat dengan kerjasama Amerika, Europah, Singapore, Yahudi dan Freemason. Rasa itu fakta umum.
Penafian Abdul Hadi.
Presiden PAS menafikan tuduhan itu dan bersedia ke Bukit Amam
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau tidak pernah membuat kenyataan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau terbuka jika dipanggil Bukit Aman untuk disiasat berhubung dakwaan terbabit.
Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau sehingga kini belum dihubungi pihak berkuasa dan kemungkinan tiada.
“Siapa kata (Anwar ejen Israel)? Saya tak kata, Saya tak kata, dia yang kata saya kata… terserah dia lah.
“Bukit Aman tahu saya kata tak kata
sebab apabila saya ceramah pun dia rakam, kenyataan media saya pun Bukit
Aman baca. Saya kata, tak kata ke terpulang,” katanya dalam sidang
akhbar selepas ceramah PN di Bandar Baru Rompin di sini semalam.
Bila dah kantoi
Bila mereka sedar dah kantoi mereka cari mana-mana penceramah PAS yang ada sebut perkataan Isreal nak kaitkan biar nampak real. Hassan Saad untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio di Twitter yang mendakwa kononnya perdana menteri mempunyai hubungan dengan Israel.
Ahli Parlimen PAS itu menafikan sebarang penglibatan dalam rakaman audio video tular berkenaan yang memaparkan seorang wanita mendakwa terdapat pengaruh Israel dalam pelantikan Anwar sebagai perdana menteri.
Akhbar
berbahasa Inggeris itu melaporkan Hassan mendakwa dia tidak tahu siapa
di sebalik audio itu, sambil menambah bahawa dia akan memutuskan
kemudian sama ada akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Mukhriz pernah bertanya dalam Parlimen Anwar Agen Isreal
Kalau Mukhriz Mahathir tanya Anwar pasal agen Isreal itu saya tahu. Anwar tak berani jawab pun dalam parlimen.
Nampak bila Anwar Ibrahim kantoi dalam isu ini, dia bermain helah.
Kita tunggu sampai bila PM ke10 boleh jadi cerdik.
Saman ni modal kecil
Fitnahnya besar
Tapi jangan lupa dosa pun besar
NASIR RAMLEE
Komen: Anwar koyak
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment