NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Igauan buruk saya gambarkan benar-benar terjadi – Annuar Musa


PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan keputusan keseluruhan secara rasmi, beliau menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tewas dalam pilihan raya kali ini.

“Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi. Dukacita teramat sangat.

“Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan. Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia.

“Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Justeru, beliau meminta pucuk pimpinan parti menjelaskan hala tuju selepas PRU15.

“Kini, kemana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” katanya. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo