NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Dr Mohd Khairuddin kalah 'teruk' di Parlimen Kuala Nerus dengan majoriti 29,765 undi


KUALA NERUS:
Penyandang Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali gagal pertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Alias Razak.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 11 malam tadi, mendapati Dr Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar memenangi kerusi dengan majoriti 29,765 undi.

Dr Alias memperoleh undi keseluruhan berjumlah 56,697 undi, manakala Mohd Khairuddin yang juga calon BN mendapat 26,932 undi, manakala dua lagi calon iaitu Datuk Seri Suhaimi Hashim (PH) dan Azaha Wahid (PEJUANG) masing-masing memperoleh undi berjumlah 3,708 undi dan 291 undi.

Pada PRU-14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket PAS memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperoleh undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad yang memperoleh 4,604 undi.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal tiba di Pusat Penjumlahan Undi Kuala Nerus, di sini, kira-kira jam 10.05 malam.

Bagaimanapun, tiada kelibat Mohd Khairuddin, Suhaimi serta Azahar hadir di Pusat Penjumlahan Undi.

Setakat ini semua 184 peti undi sudah dibuka.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo