NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu tikam paha anak dengan pisau untuk halang mangsa keluar dari rumah

SINGAPURA - Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana menikam anak perempuannya berusia 15 tahun di bahagian paha kerana kecewa mangsa kerap keluar rumah. 


Pihak pendakwaan berkata, ketika kejadian itu berlaku, tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol dan bertindak menikam kaki mangsa untuk menghalangnya daripada keluar rumah.


Selain itu, tertuduh juga menggunakan beberapa objek lain seperti senduk besi dan kipas elektrik untuk memukul mangsa. 


Mangsa mengalami kecederaan serius dan telah dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak dari 20 Jun hingga 1 Julai dan kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya. 


Semalam, 28 November 2022, tertuduh berusia 40 tahun berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa menggunakan. 


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian 20 Jun 2022, mangsa sedang bersiap untuk tidur. Tidak beberapa lama kemudian, dia didatangi oleh ibu yang mula memarahinya. 

Wanita itu kemudian bertanya kepada anak sulungnya berusia 21 tahun sama ada mangsa perlu dibunuh atau tidak. Tetapi tiada sebarang reaksi yang diterima dari anak sulungnya yang takut sekiranya tertuduh menyasarkannya.


Tertuduh kemudian pergi ke dapur  pada jam 1.37 pagi untuk mengambil pisau dan kembali lalu menikam paha kanan mangsa sehingga mengalami pendarahan. Mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lengan semasa cuba menghalang ibunya. 


Mangsa mengikat paha kanannya menggunakan baju. Tertuduh pula mengarahkan mangsa membersihkan kesan-kesan darah di lantai dan terus beredar ke dapur. Di kesempatan itu, mangsa segera melarikan diri ke bilik kakaknya untuk berlindung. 



Apabila tertuduh kembali dan mendapati kesan darah belum dibersihkan, dia menjerit dan meminta mangsa datang ke bilik untuk membersihkan kesan darah di lantai.

Mangsa akur dan keluar dari bilik kakaknya. Sekali lagi mangsa dipukul oleh ibunya menggunakan pelbagai jenis objek tumpul. Mangsa merayu ibunya berhenti berbuat demikian, tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya, tertuduh mengejek mangsa. 

Jiran yang terdengar kekecohan itu segera menghubungi pihak berkuasa. Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di di lokasi dan meminta wanita itu membuka pintu.

Takut perbuatannya terbongkar, dia meminta anaknya bersembunyi di dalam bilik air. Malah, wanita terbabit turut menafikan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. Sebaliknya, anak sulungnya yang bercakap terlalu kuat.

Selepas polis beredar, tertuduh kembali memukul mangsa sehingga puas dan meminta anak sulungnya merawat luka-luka yang dialami oleh mangsa.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku seterusnya tetapi, tertuduh dikatakan telah menghubungi polis pada jam 3.20 pagi dan menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku.

Tertuduh kini berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan mencederakan mangsa dengan sengaja menggunakan senjata.

Sumber: Asia One







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo