Howard Lee (kanan) dilihat masuk ke Bangunan UMNO Perak. |
IPOH - Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee Chuan How dilihat memasuki Bangunan UMNO Perak di sini pada Isnin.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu tiba sekitar jam 10.30 pagi tanpa ditemani mana-mana pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) yang lain.
Difahamkan, bekas Ketua Pemuda DAP itu bertemu dengan pimpinan tertinggi BN Perak termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad.
BN yang memenangi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disebut sebagai 'king maker' dalam pembentukan kerajaan di negeri ini selepas tiada mana-mana gabungan parti memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 26 kerusi daripada keseluruhan 59 DUN sementara PH mendapat 24 kerusi.
Baik PN mahupun PH, masing-masing memerlukan sokongan gabungan parti lain termasuk bersama BN untuk membentuk kerajaan.
Sumber I Sinar Harian
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment