NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM buka 8 kertas siasatan babit kakitangan kerajaan P. Pinang


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak lapan kertas siasatan terhadap kakitangan kerajaan negeri berkaitan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, sepanjang 2020 hingga 2022.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri terbuka bagi menerima sebarang siasatan berkaitan jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan kakitangan kerajaan Negeri. 

“Sebarang bentuk kesalahan akan disiasat oleh agensi penguatkuasaan dan disabitkan kesalahan oleh pihak pendakwaan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di George Town hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) yang ingin tahu mengenai jumlah kes SPRM yang disiasat di Pulau Pinang melibatkan Exco, Adun dan kakitangan kerajaan Negeri.

Chow juga berkata bagi siasatan yang melibatkan kakitangan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) boleh mengambil tindakan di bawah Peraturan 44, Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 bagi tujuan penahanan kerja sekiranya melibatkan prosiding jenayah.

Selain itu, katanya kerajaan negeri telah dan akan mengambil tindakan terhadap semua laporan lengkap SPRM berhubung salah laku melibatkan Exco, Adun dan kakitangan kerajaan negeri, sekiranya kes tersebut tidak disabitkan kesalahan di peringkat mahkamah.

“Kerajaan negeri tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan laporan SPRM,” katanya.– Bernama, 21 November, 2022.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo