NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haram jual minuman keras sekitar venue Qatar 2022


PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Qatar mengambil langkah drastik apabila mengharamkan penjualan minuman keras di sekitar lapan stadium Piala Dunia 2022, pada Jumaat

Badan bola sepak dunia itu berkata, keputusan itu hasil rundingan dengan penganjur Piala Dunia iaitu tuan rumah Qatar.

"Pihak berkuasa negara tuan rumah dan FIFA akan terus memastikan stadium dan kawasan sekitar menyediakan pengalaman menyeronokkan, hormat dan menyenangkan untuk semua peminat.

"Penganjur kejohanan menghargai pemahaman penaja dan sokongan berterusan kepada komitmen bersama kami untuk memenuhi keperluan semua semasa Piala Dunia Qatar 2022," kata FIFA.

Bagaimanapun keputusan terbaharu itu juga dijangka menjejaskan perjanjian kontrak badan induk bola sepak dunia tersebut dengan penaja utama. - Sinar Harian




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo