NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin Ali, Good Luck! – Diva AA pertama tiba pusat mengundi 


GOMBAK:
Pengacara sensasi, Azwan Ali menjadi pengundi pertama yang tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di sini hari ini.

Mengenakan jubah hitam, Azwan, 56, yang juga popular dengan gelaran Diva AA tiba pada pukul 7.25 pagi.

Usai mengundi, Azwan ketika ditemui wartawan mengucapkan good luck kepada abangnya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Azmin, good luck. Kepada yang masih tidur tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya berseloroh.

AZWAN Ali mengucapkan semoga berjaya kepada abangnya, Azmin.

Azwan sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menarik diri pada saat akhir sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengacara popular itu juga memberitahu, dia menarik diri selepas ‘dinasihatkan’ arwah ibunya, Mak Tom dalam mimpi.

 Kerusi panas Parlimen Gombak menyaksikan persaingan lima penjuru membabitkan Azmin (PN), calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amiruddin Shari; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohd Tahir serta seorang calon bebas yang, Zulkifli Ahmad. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo