NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya PN dan BN berpotensi menang? - Analisis data terkini



Hanya dua parti sahaja yang dilihat berpotensi besar untuk merebut takhta pentadbiran Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik berpendapat, dua parti yang bersaing sengit pada pilihan raya kali ini hanyalah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Nasional (PN).

Pada pengamatan penganalisis Pakatan Harapan (PH),hanya menguasai PH dengan kemenangan DAP dan beberapa tokoh utama PH.

Mengulas lanjut beliau berkata, kelebihan BN adalah mempunyai keahlian yang besar iaitu lebih tiga juta orang manakalah kelebihan PN pula dengan sokongan PAS yang telah menguasai 3 buah negeri yang telah dominan di Kelantan dan Terengganu.

Manakala PH pula menggunakan isu semasa untuk menarik pengundi meskipun keahlian tidak seramai seteru utamanya menjadi masalah kepada pengundi muda dan pengundi baharu 18 tahun yang banyak mengalami truma 22 bulan memerintah.

“Mereka juga mampu menggerakkan jentera ke kawasan lebih besar serta tidak perlu fokus kepada kehadiran orang ramai iaitu UMNO dan PAS.

“Kalau PH pula,mereka guna ceramah-ceramah besar mereka untuk menarik pengundi mendengar isu yang mereka ulas,” katanya lagi.

Walaupun BN mempunyai kekuatan jentera parti tetapi BN mengalami masalah di dua buah negeri iaitu Perlis dan Pahang di mana jentera parti mereka hampir lumpuh disebabkan parilmen Arau dan Maran. Perkembangan terkini pula wanita dan puteri UMNO di kawasan itu memihak kepada PN membuatkan UMNO terpaksa memecat 2 ketua wanita bahagian negeri itu.

Itu adalah situasi sangat menguntngkan PN.

Ditanya mengenai kesan Pejuang Muda dan Warisan pada PRU15, beliau berkata ia hanya bergantung bagaimana parti-parti tersebut menggunakan isu-isu semasa dalam berkempen menjelang seminggu pilihan raya.

Melihat calon bebas yang ramai kali ini, penganalisis politik itu berkata tidak menafikan ia perkembangan positif dalam sistem demokrasi negara.

Namun dalam masa yang sama katanya, perkara berkenaan juga akan memecahkan undi.

“Kalau ada tiga orang yang menang cukup bagus,”tambah beliau.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru mengumumkan seramai 945 calon bakal bertanding di 222 kawasan Parlimen seluruh negara pada Pilihan Raya kali ini.

Jumlah ini melebihi 258 calon berbanding 687 pada PRU-14.

PH meletakkan calon teramai iaitu sebanyak 206, diikuti BN (178); Perikatan Nasional (149) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menampilkan 116 calon.

Selain itu Parti Warisan Sabah (Warisan) bakal meletakkan 52 calon manakala seramai 31 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) akal bertanding kali ini.

Turut bertanding 22 calon PN yang menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu serta 13 calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula meletakkan enam calon iaitu dua di Johor dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Sabah.

Pada masa sama, seramai 108 calon bebas bakal bertanding kali ini berbanding hanya 24 pada PRU-14, dengan bilangan teramai adalah di Selangor dengan 24 calon, diikuti 20 calon bebas yang layak bertanding di Sabah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo